Sunday, July 20, 2008

pengenalan diri

Salam hormat kepada semua, nama saya fital bin Ahmad. Saya berasal dari negeri Melaka. Telah berkeluarga serta mempunyai 4 orang anak dan seorang cucu.Menerima pendidikan awal di Sek. Keb. Sg. Siput, Lubok China, Melaka.Kemudiannya sekolah menengah di Sek. Men. Zaaba, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan kemudiannya berkerja dan menyambung pelajaran keperingkat Diploma Pentadbiran Awam di ITM(Uitm) secara kursus luar kampus (KLK) iatu setelah beranak 3. Belajar di ITM Jln Hg Tuah Melaka mulai tahun 1988 dan gred tahun 1992. Empat tahun belajar secara KLK penuh dengan suka duka, banyak cabaran terpaksa ditempuhi dengan keringat dan air mata serta bersengkang mata. Maklumlah siang berkerja dan petang hingga kemalam belajar. Masuk kelas pukul 6 petang dan habis jam 11 malam, seminggu 4 ke 5 hari hadir kekelas. Bila balik sampai rumah dah jam 11.30 malam, sembahyang dan makan dah jejak jam 12tengahmalam. mata pun mengantuk dan tak ada masa nak mentelaah pelajaran apalagi nak buat assignment. Hanya ada masa hujung minggu untuk siapkan tutorial dan assignment. Dekat nak pereksa ambil cuti baru nak tengok nota dan berlatih jawab soalan lepas-lepas. itupun secara spot sahaja. Semesta pertama kantoi habis rasa tak nak belajar lagi tapi Din budak kerani ITM tu bagi semangat pada saya. Katanya ada orang CGPAnya pada semesta pertama best tapi akhirnya ada yang tak gred pun dan ada yang semesta pertamanya kantoi paras hidung tetapi gred cemerlang. Saya pun sahut cabarannya, setiap semesta lepas itu keputusan CGPA saya sentiasa menengkat dan akhir grad dengan sijil dekan. waktu mula-mula belajar dulu ada 20 orang lebih tapi bila grad cuma lapan orang sahaja yang lainnya tak kesampaian ada yang gagal dan ada yang tak mampu nak meneruskan kerana masalah kewangan. Bukan senang belajar telah ada keluarga, maklumlah banyak masa keluarga terpaksa dikorbankn tak dapat nak bersama keluarga sepenuh masa walaupun hujung minggu. Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa isteri serta ibu tersayang akhirnya saya berjaya juga menerima Diploma Pentadbiran Awam. cukup sampai di sini dulu nanti akan bersambung pada lain siri.