Thursday, February 26, 2009

BIADAP

Karpal Singh menyalak lagi. Kali ini salakannya memang menyakitkan telinga dan hati Pemuda Umno kerana meyatakan Pemuda Umno celaka. Segalanya bermula apabila Karpal menerima sampul surat berisi dua peluru hidup. Karpal tanpa menunjukkan bukti menuduh Pemuda Umno yang menghantar peluru itu serta menyatakan Umno cuba menggutnya. Dakwaan Karpal yang berbentuk provokasi itu masih terkawal lagi tetapi apabila Karpal mengungkapkan perkataan celaka pada pemuda umno itu yang membuatkan pemuda umno naik darah. Maka terjadilah satu insiden yang amat memalukan di Parlimen apabila berlaku pertengkaran antara sekumpulan pemuda umno dengan Karpal Singh pada 26.2.2009 semalam.

Sepanjang karier YB Karpal Singh beliau memang terkenal dengan kelantangannya. Ia merupakan vokalis utama di pihak pembangkang. Kelantangan dan kebiadapan serta kebongkakan beliau memang menyakitkan hati semua orang termasuk kawan dan lawan. Karpal bukan sahaja menyakitkan hati orang UMNO tetapi juga menyakitkan hati orang Melayu. Maka tak heranlah satu masa dahulu Karpal pernah ditampar oleh seorang Melayu kerana kebiadapannya. Sebagai seorang Yang Berhormat Karpal Singh janganlah terlalu biadap hingga orang hilang hormat pada beliau.

Karpal juga merupakan satu liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Apakah pemimpin-pemimpin Melayu dalam pakatan rakyat masih ingin berkawan orang sebiadap ini. Maka fikir fikirkanlah....

Thursday, February 19, 2009

Politik Semakin Kalut

Politik semakin kalut
semakin hari semakin ribut
permainan kotor lagi beserabut
sanggup menjadi badud
asal dibayar harga patut

Politik semakin kalut
tiada bahasa lembut
luar dalam habis disebut
habis dilondeh tidak berbalut

Politik semakin kalut
permainannya licik bagai belut
biar derhaka biar belot
asal kuasa dapat direbut

Politik semakin kalut
pertimbangan semakin kusut
Ekonomi makin surut
pendapatan makin susut

Politik makin kalut
kesah lama belum luput
kesah baru membawa episod
halal cara pencapai maksud

Politik semakin kalut
yang mana satu hendak diikut


Nukilan : Fital Ahmad
Bandar Saujana Putra,
Jenjarum, Selangor

Tuesday, February 10, 2009

Geram

Kawan

Berani biar bertempat
marah jangan sampai hilang marwah
melawan biar berhemah
bertindak jangan melatah
agama jangan dijual
marwah jangan digadai

mengalah bukan bererti kalah,
berlentur bukan bererti undur

bertindak dalam senyap
lebih baik dari terjerit terlolong

renung-renungkanlah

Monday, February 2, 2009

Anugerah Jaguh Lompat

Hari minggu yang lepas ketika menonton siaran Melodi TV3 Wahid dan Farah Fauzana secara berseloroh ada mencadangkan agar selain hadiah artis popular,pelakun terbaik dan sebagainya patut juga pihak berkenaan memperkenalkan anugerah artis paling kontrovesi. Bagus juga cadangan tu sebab lain dari yang lain.

Mengambil idea yang sama teringat pula saya kepada isu terpanas di persada politik tanah air pada masa ini iaitu isu lompat. Bermula dengan isu Adun UMNO melompat masuk PKR kemudian timbul pula cakap-cakap kononnya kononnya ada ramai lagi adun dari BN akan melompat ke Pakatan Rakyat. Begitu juga dakwaan UMNO kononnya ada adun PKR yang akan melompat masuk UMNO. Di dada akhbar, tv dan blog berkisar tentang isu lompat. Bermacam pendapat dipetik ada yang menyokong, ada yang menghentam menyatakan Adun yang melompat tersebut tak beretika, putus asa dan sebagainya. Memandangkan kejadian atau perbuatan lompat melompat parti ini menjadi isu yang sungguh kontrovesi maka saya ingin mencadangkan agar satu anugerah diperkenalkan dan diberikan iaitu hadiah "Jaguh Lompat" khas kepada Adun yang paling berani melompat sama ada Adun dari BN mahu pun Pakatan Rakyat. Juri-juri yang akan mengadili pemilihan tersebut boleh dilantik dari golongan blogawan yang sedia ada. Siapakah agaknya akan dapat tu, biarlah juri yang menentukan.

Memandangkan cerita lompat sangat mengambil tempat di bawah ini saya ingin menukilkan sajak humor tentang lompat

Lompat apek lompat
lompat tinggi-tinggi
lompat YB lompat
jangan sampai patah kaki

Lompat YB lompat
jangan sampai kaki terlipat
tangan terkeliat
takut nanti tak sampai hajat

lompat YB lompat
lompat tinggi-tinggi
kalau YB lompat
selalu masuk tv

Lompat YB lompat
selagi belum ada undang-undang anti lompat
nanti semua tak dapat

Bagus juga YB lompat
baru timbul segala pendapat

Bagus juga YB lompat
baharulah dapat kita lihat
siapa Tuah siapa Jebat


Nukilan : Fital Ahmad
3.2.2009 Bandar Saujana Putra,
Jenjarom, Selangor.