Wednesday, April 22, 2009

Anakku

Anakku
ketahuilah oleh mu
hidup ini tak sentiasa indah
dan bukannya mudah

Anakku
perjalan ini
penuh ranjau dan jalan berliku
ia menuntut kecekalan dan keazaman

Anakku
dalam perjuangan
jangan mudah mengaku kalah
dalam berbicara jangan jangan terlanjur lidah
dalam resah jangan kau rebah
kepada Allah kita berserah

Nukilan Fital Ahmad
22.4.2009

Sunday, April 19, 2009

Kerja yang tak berkesudahan

Dah lama iaitu hampir dua bulan aku tak menulis pada blog ku ini. Bukan apa aku terlalu sebok dengan kerja-kerja yang tak berkesudahan. Semuanya perlu tindakan segera, sertamerta dan perlu selesaikan semua task force sebelum hujung bulan April 2009.

Belum pun selesai dengan task force kerja lain pula mendatang. Begitulah kerja, walau seberat manapun kerja perlu diselesaikan secara bijak agar dapat memuaskan hati semua pihak ia itu hati boss dan juga hati pelanggan yang mengharapkan hasil perkhidmatan yang mereka ingini. Dalam menjalankan tanggungjawab aku sering meletakan diriku seolah-olah akulah pelanggan yang memerlukan perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu diri. Lantaran itu aku akan berasa kecewa jika aku tak dilayani atau dilayani ibarat melepas batuk ditangga.

Di bawah kepimpinan DS Nagib sekarang ini, dengan slogan rakyat diutamakan aku rasa tugas semua pihak kan lebih tercabar lagi. Mudah-mudahan selogan tersebut dapat direalisasikan oleh semua pihak dan dapat kita saksikan bersama.