Anakku
ketahuilah oleh mu
hidup ini tak sentiasa indah
dan bukannya mudah
Anakku
perjalan ini
penuh ranjau dan jalan berliku
ia menuntut kecekalan dan keazaman
Anakku
dalam perjuangan
jangan mudah mengaku kalah
dalam berbicara jangan jangan terlanjur lidah
dalam resah jangan kau rebah
kepada Allah kita berserah
Nukilan Fital Ahmad
22.4.2009
Wednesday, April 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Sdra Fitalahmad,
Satu puisi yang bersemangat dan memberi motivasi, terutama anak bangsa kita Melayu.Jika mereka tak sedar juga kita akan terus memberi sumbangan di medium yang sebegini.
Zedmagel terimakasih. Puisi ini saya tujukan kepada anak-anak saya supaya mereka tahu bahawa hidup ini adalah perjuangan. Perjuangan perlukan hati yang waja yang tak pernah erti kalah.Semangat waja membawa jati diri.Lidah jangan terlanjur dan tindakan mesti teratur.
BUKAN MUDAH NAK MENGARANG PUISI,
HANYA MEREKA-MEREKA YANG BERJIWA HALUS DAPAT MENGOBAHNYA..
TAHNIAH SAHABAT, PUISI YANG BAIK UNTUK ANAK REMAJA MASAKINI YANG DAH TENGGELAM DALAM HIBURAN DAN KESERONOKAN..
HIDUP BIAR SEDAP..?
Tuan Kontraktor betul hidup mesti sedap. Sedap mata memandang, sedap telinga mendengar dan sedap selera memakan. Slogan rakyat didahulukan memang sedap didengar tetapi realitinya adakah sesedap yang diungkapkan.
TERIMA KASIH...UNTUK PUISI ITU
Post a Comment