Tuesday, June 30, 2009

Apa lagi

Apa lagi
di pentas politik gawat
kita semakin diasak
dan
didesak

apa lagi
yang mereka mahu

apa lagi
atas nama toleransi
kita pun mengalah
hingga terserlah
tuntutan politik serakah
kita juga yang kalah

dipentas politik gawat
apa lagi
yang perlu kita korbankan

apa lagi yang tinggal
tanah sekangkang kera
kain sedepa
kek selapis
pun minta diagih

di pentas politik yang gawat
sebelum terlewat
apa lagi
hak kami yang tinggal ......



Fital Ahmad
Shah Alam, Selangor.

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa kepada bapa-bapa semua termasuklah saya. Semoga kita menjadi bapa yang menjadi pembimbing dan contoh kepada kepada anak-anak kita. Semoga juga anak-anak kita juga tak lupa kepada kita meskipun tiada ucapan selamat hari bapa kita terima dari anak-anak kita. Semoga kita juga tak lupa kepada bapa-bapa kita sama ada masih hidup atau telah lama pergi meninggalkan kita. Seabagai seorang anak jangan sekali kita lupa mendoakan semoga ibubapa kita diampunkan Allah segala dosa, dilapangkan kubur dan ditempatkan roh mereka dalam syurga yang berkekalan. Sebagai seorang bapa juga janganlah kita lupa mendoakan kejayaan anak-anak kita semoga menjadi anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat.

Seorang bapa mungkin tak mesra bersama anak-anaknya tapi jauh di sudut hatinya tetap igin kan kemesraan itu,

Seorang bapa mungkin tak dapat memberikan kemewahan kepada anak-anaknya tetapi anak-anak tetap dibesarkan, disekolahkan dengan serba kepayahan,

Seorang bapa mungkin seorang yang garang dan digeruni oleh anak-anaknya tapi bila ia tiada di dunia ini baharulah kita rasakan kehilangannya,

Seorang bapa mungkin seorang penjenayah tapi di sudut hatinya ingin melihat anak-anaknya menjadi orang yang baik dan berguna kepada masyarakat,

Seorang bapa masa ini mungkin sedang meniti hari tuanya di rumah orang-orang tua mengharapkan kedatangan anak-anak yang pernah ditinggalkan dan diabaikan semasa semasa kecilnya. Alangkah sedihnya nasib bapa ini menanggung kesengsaraan dihujung usia akibat keegoan lampaunya. Mungkin anak itu juga telah lama melupakan bapanya.

Aduhai insan yang bernama anak janganlah kau lupakan bapa mu walau sejahat mana bapa mu dihari lampaunya.

Selamat Hari Bapa