Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa kepada bapa-bapa semua termasuklah saya. Semoga kita menjadi bapa yang menjadi pembimbing dan contoh kepada kepada anak-anak kita. Semoga juga anak-anak kita juga tak lupa kepada kita meskipun tiada ucapan selamat hari bapa kita terima dari anak-anak kita. Semoga kita juga tak lupa kepada bapa-bapa kita sama ada masih hidup atau telah lama pergi meninggalkan kita. Seabagai seorang anak jangan sekali kita lupa mendoakan semoga ibubapa kita diampunkan Allah segala dosa, dilapangkan kubur dan ditempatkan roh mereka dalam syurga yang berkekalan. Sebagai seorang bapa juga janganlah kita lupa mendoakan kejayaan anak-anak kita semoga menjadi anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat.

Seorang bapa mungkin tak mesra bersama anak-anaknya tapi jauh di sudut hatinya tetap igin kan kemesraan itu,

Seorang bapa mungkin tak dapat memberikan kemewahan kepada anak-anaknya tetapi anak-anak tetap dibesarkan, disekolahkan dengan serba kepayahan,

Seorang bapa mungkin seorang yang garang dan digeruni oleh anak-anaknya tapi bila ia tiada di dunia ini baharulah kita rasakan kehilangannya,

Seorang bapa mungkin seorang penjenayah tapi di sudut hatinya ingin melihat anak-anaknya menjadi orang yang baik dan berguna kepada masyarakat,

Seorang bapa masa ini mungkin sedang meniti hari tuanya di rumah orang-orang tua mengharapkan kedatangan anak-anak yang pernah ditinggalkan dan diabaikan semasa semasa kecilnya. Alangkah sedihnya nasib bapa ini menanggung kesengsaraan dihujung usia akibat keegoan lampaunya. Mungkin anak itu juga telah lama melupakan bapanya.

Aduhai insan yang bernama anak janganlah kau lupakan bapa mu walau sejahat mana bapa mu dihari lampaunya.

Selamat Hari Bapa

5 comments:

aPuN said...

selamat ari atok dari pakcik hadhinah. :D

s.c.h.u.l.t said...

ini ucapan seorang anak buat ayahnya:

"aku gagal dua puluh tahun ini, malah aku tak pernah lulus dua tahun sebelumnya" :D

selamat hari bapa pakcik fital! ;)

INTAN RH said...

Salam, En.Fital. Lama tak hapdet blog ek. Selamat hari ayah!

fital said...

apun mungkin patut ada ari atok dan ari nenek gak

schult tq tapi gagal 20 tahun akan tertebus dng satu kejayaan tetap kejayaan 20 tahun akn hilang kerana satu kegagalan.Begitu juga tentang lulus tak penting asalkan kita tahu kesalahanya. Seorang pemandu tak pernah lulus dalam ujian memandunya tapi 20 tahun memandu tanpa lesen dan tak pernah kena saman.

Intan terimakasih hanya Intan sahaja yang ucapkan hari ayah

s.c.h.u.l.t said...

hehe..

sy rasa sy ni pemandu yg 20 tahun mmandu tnpa lesen tp xpernah kena saman ^_^

maka lulus itu tidak penting bukan?

p/s:
kes gagal yang tak tahu nak lulus macam mana sebab dah cuba macam2. :)