Wednesday, January 21, 2009

Akan Hilangkah Melayu

Melayu
kata Hang Tuah"takkan Melayu hilang di dunia"
ku renong sedalamnya kata hikmat itu
menarik nafas penuh cemas
benarkah kah kata Tuah itu
atau tinggal menjadi sejarah

Melayu
Melayu itu bahasamu
hilang bahasa hilang lah bangsa
kini kian tersisih bahasaku
kian terhakis dan ternoda
hilang sudah daulatmu
untuk bertahta di persada ilmu

Melayu
Pertahankanlah bahasamu
pertahankanlah jati dirimu
pertahanlah marwah dan harga dirimu
pertahankanlah ketuanan mu
pertahankan tanahmu
pertahankanlah agamamu

Melayu
dibelakang dan di hadapan mu
musuh sedang menunggu masa dan peluang
untuk mengusir ketuananmu
andainya kau gugur kali ini
akan hilanglah Melayu di dunia
berdukalah roh si Tuah
selama-lamanya.


Nukilan : Fital bin Ahmad
Shah Alm, Selangor
22.1.2009

Thursday, January 15, 2009

Bila Babi dan Anjing Bersuara

Semalam
ku renung bintang berkelipan
ku berdiri di tepi jendela
lantasku bemonolog

Seekor babi melintas
lantas ku halau babi itu

ku katakan hei babi nyah kau dari sini

kenapa jawab babi tu

aku jijik kepada kau
kau najis

babi pun menjawab
kenapa kau benci kepada aku
kerana rupa aku hodoh?
bukan aku pinta jadi begini

bukan gitu kataku

lantas babi itu pun bertanya lagi

kenapa?

sebab kau najis dan haram, kata ku

dan babi itu pun bertkata kepada ku
memang aku najis dan haram
tapi ku lihat manusia lebih teruk dari aku
mengaku Islam tapi minum arak
rasuah itu haram dia sebat juga
bila marah selalu kata" lu orang macam babi"
jadi siapa yang lebih teruk akau atau orang tu

lantas aku terkedu membisu
babi pun berlalu..

kemudian
melintas pula seekor anjing
ku usir anjing tu

anjing pun bertanya kepada ku
kenapa kau tak suka kepada ku

bukan aku tak suka, tapi kau ni kuat melalak sakit telinga aku
dan kau najis mugallazah

anjing tu pun berkutbah
aku heran dengan orang seperti kau ni
aku kuat menyalak betul, sebab aku nampak pencuri
aku takut pencuri masuk rumah tuan aku
aku sebenarnya lebih setia kepada tuan aku
tidak seperti manusia seperti kamu
dihadapan boss kau puji kau ampu
sebab tuan kau beri sesuatu
dan bila tuan kau tak dapat lagi bagi apa yang kau mahu
kau pun berpaling tadah
sedangkan aku tetap setia kepada tuan aku
dalam senang aku setia, dalam susah pun aku setia
tuan aku tidur dalam rumah
aku tidur luar rumah

ternganga aku dibuatnya.....


Nukilan : Fital Ahmad
Shah Alam, Selangor
16.1.09

Wednesday, January 14, 2009

Hudud Satu Alat Politik

Nampaknya isu hudud dan qisas ni dipermainkan lagi.Ia menjadi polemik politk yang tiada hentinya. PAS tetap mempertahankan akan melaksananya jika berkuasa. PKR pula hanya yang Melayu sahaja menyokong. DAP bermati-matian membantah dan mengugut akan keluar dari pakatan (PR).

Terbaru Karpal Singh membuat kenyataan yang cukup pedas akan keluar PR jika PAS tetap
melaksanakan hukum hudud. Mengapakah DAP beria-ia dan semakin lantang membantah hudud. Adakah dia faham atau buat-buat tak faham. Saya rasa DAP faham tetapi demi survival politik DAP dikalangan penyokong Cina dan India terutama sekali yang majoritinya bukan Melayu maka DAP terpaksa buat tak faham kerana takut kerusi yang dimenangi mereka jatuh pula ketangan MCA atau pun Gerakan pada pilihanraya umum akan datang.Karpal bukanlah seorang yang bodoh. Beliau seorang ahli politik yang cukup matang. Beliau sedar apa yang lafazkannya menjelang pilihanraya kecil di Kuala Terengganu tidak sedikit akan memberi apa-apa keuntungan kepada partinya.

DAP sebenarnya lebih rela BN jadi pemerentah dari PAS + PKR menerajui pemerintahan negara. Buktinya apabila Dato Seri Anwar Ibrahim (DSA) mencanang-canangkan kononnya akan ada MP dari BN yang akan menyeberangi BN dan akan membentok kabinet baru menjelang 16 september 2008 dimana DSA akan menjadi PM maka Karpal pun menyatakan pendiriannya bahawa DAP akan menyokong cadangan Anti Hoping Law . Kenyatan tersebut masih diulangi oleh beliau baru-baru ini.

Persoalannya sekarang bolehkah PAS berkuasa sekalipun kahwin campur dengan PKR. Berapa kerat sangat MP Melayu dalam PKR. Jadi bagaimana PAS nak melaksanakan Hudud. Selagi PAS tidak berkuasa maka selagi itulah hukum hudud tak boleh dilaksana. Setakat menguasai Kelantan dan satu dua negeri lain pun tetap tidak boleh melaksanakan Hudud. Sebabnya undang-undang negeri tak boleh bertentangan Perlembagaan Malaysia. buktinya Dewan Undangan Negeri Kelantan pernah meluluskankan undang-undang hudud tetapi hingga kini masih tak dapat dilaksanakan kerana bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Menyedari keadaan tersebutlah Karpal berani mempertahankan pendiriannya. Hasrat PAS hanya akan tercapai jika mendapat skongan dari UMNO / BN. Mahukah UMNO/BN menyokong perlaksaaan hudud tersebut ? jawapanya tentu tidak.Jadi bilakah hudud dapat dilaksanan di Malaysia? jawapannya sampai bila-bila pun tak mungkin akan dapat dilaksana. UMNO/BN mempunyai seribu alasan untuk menolak hudud dan PAS akan meletakkan kesalahan atau kegagalan tersebut ke atas bahu UMNO/BN. Lantaran itu isu hudud akan berterusan menjadi alat kepada survival politik mana-mana pihak. Itulah yang amat dikesali dan dibimbangi. Isu hudud sepatutnya tidak boleh dipolemikkan oleh mana-mana pihak. Lebih menyedihkan lagi seolah-olah orang Islam terpaksa meminta restu dari DAP untuk melaksanakan hukum hakam kita.

Adalah diharapkan isu hudud ini patut dihentikan dan tidak wajar diperbesarkan oleh semua pihak terutama sekali oleh media massa kerana dibimbangi akan mengeruhkan keharmonian kaum dan mencetuskan pertelingkahan kaum seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Perlu diingat demi marwah agama dan bangsa orang Melayu walaupun berlainan parti tetapi mempunyai satu pegangan iaitu Islam. Kepada semua pihak tanganilah isu ini dengan bijak dn hikmah.

Tuesday, January 13, 2009

Palestin

Palestin
bumi mu bumi barkah
bumi lahirnya para ambiak
bumi jihad fisabilillah
bumimu basah dengan darah para shuhadak

Palestin
Israil itu sepupumu
dari nasab yang sama
menjadi rumpun yang berbeza
berpecah menjadi dua bangsa dan agama
yang berbeza

Israil
mengapa kau menjadi bongkak
sombong dan begitu zalim sekali
bukankah darahmu dari darah yang sama
hingga tergamak membunuh
saudaramu
tanpa mengenal usia
di mana pertimbangan akalmu
kau curahkan peluru dan bom ke atas
bumi Gaza tanpa henti
dan tenteramu mengganas
bagaikan harimau yang lapar
musnah rumah, musnah harta
terkorbanlah insan-insan yang tak berdosa
dan yang tercedra menanggong derita
selama-lamanya
api merah membakar dan terus membakar
dan
kau pun memandang dengan senyum jijikmu

Palestin
dia musuhmu dan juga musuhku
dia musuh kepada semua umat Muhammad

Palestin
perjuanganmu
terlalu panjang
kekuatanmu terlalu terbatas
tetapi semangatmu
perjuanganmu
tak pernah mengerti jemu
biar berbekalkan batu sebagai peluru
biar hidup serba dibelenggu
musuh yang datang tetap ditunggu
biar bom dan motar datang bertalu
pejuangmu sedikitpun tidak berundur lalu

Palestin
remok hatiku melihat
anak-anak kecil di Gaza bermandikan darah
meratap menjerit dan terkulai layu
tangisan demi tangisan meratapi kematian

Palestin
terlalalu berat ujian yang kau terima
hentah berapa lama
kekejaman Israil ini
akan berakhir

Palestin
kepada siapa yang nak diharap
kepada dunia arab pun tak boleh harap
kepada Amerika dan kuasa barat
mereka pun musuh keparat

Palestin
hanya doa yang dapat ku pohon
kepada tuhan yang maha mengetahui
semoga musuh laknat dikalahkan
perjuangan mu mencapai kemenangan


Nukilan : fital Ahmad
Shah Alam, Selangor.
14.1.2009

Kesah dan Tauladan

Sewaktu aku menulis blog ni,aku baharu sahaja balik dari Mahkamah Tinggi Jln Duta, Kuala Lumpur. Dah lama aku tak ke Mahkah Tinggi mengadap Yang Arif Hakim. Semasa akau di Melaka dulu boleh dikatakan setiap hari aku ke Mahkamah Tinggi. Kali terakhir aku keMahkamah Tinggi ialah di Mahkamah Tinggi Temerloh iaitu setahun yang lepas. Pagi ni awal-awal lagi iaitu jam 7.20am aku dah bertolak ke Mahkamah. Aku suka pergi awal sebab senang nak dapat parking, lagi pun kalau bertolak lambat nanti takut sampai lewat . Mahkamah mula bersidang jam 9.00am.
Kalau lambat nanti tentu kena marah dek Hakim, malu. Soal kena marah dek Hakim ni perkara biasa bagi pengamal undang-undang. Ada seorang Pendakwaraya cakap dengan aku kalau Hakim yang suka marah-marah tu biarkan saja, kalau sehari dia tak marah tu tentu ada tak kena bagi dia.

Apa-apa pun aku tak mahu kena marah cukuplah sekali dulu kena marah iaitu mula-mula aku appear di hadapan Hakim di Mahkamah Tinggi Melaka kira-kira 12 tahun yang lalu. Silap aku juga sebab aku tak bangun berdiri bila dia tanya nama aku. Aku terlupa nak bangun ketika menjawab soalannya apalagi bertempiklah Yang Arif tu. "bangun!!! bila bercakap dengan saya" menempik kearah ku dalam mahkamah. Apa lagi terketar-ketar lah aku dibuatnya, berdiri rasa tak jejak kaki dan bangun pohon maaf tergagap-gagap. Lepas kena marah tu aku takut nak ke Mahkamah tapi terpaksa kerana itu tugas orang-orang seperti aku rela di marah.

berbalik kepada cerita mahkamah ni. Ini ada satu cerita. Cerita ni cerita lawak aje tapi ada mesej.

Dalam satu perbicaraan di mahkamah seorang petuduh (OKT) iastu seorang India esett telah dituduh melanggar lampu isyarat. Ketika petuduhan dibaca ... kamu polan bin polan pada sekian haribulan jam dan waktu telah melakukan kesalahan dibwah akata... seksyen...iaitu melanggar lampu isyarat di simpang empat disekian tempat.... setelah habis petuduhan dibacakan hakim pun bertanya kepada OKT tadi mengaku salah atau tidak.
maka dijawablah oleh OKT tadi " saya tidak mengaku salah tuan hakim"
"Sebab" tanya Hakim tu.
OKT pun menjawab " mana ada saya langgar itu lampu isyarat, saya cuma takda berenti saja tuan hakim"
kah kah kah semua orang dalam mahkamah pun pecah perut ketawa dan hakim pun terbeliak matanya. Dipendekkan cerita OKT pun terlepas sebab pihak polis tersalah tuduh.

Sunday, January 11, 2009

Aura Mawi

Semalam aku tak kerja dan tak kemana pun . Duduk di rumah aje, menonton tv dan melayari internet. Seharian dirumah tak pulak terasa boring kerana sambil menonton tv aku menggosok pakaian kerja ku yang dah seminggu tak bergosok. Aku memang suka menggosok dan mngemas rumah tetapi aku tak suka memasak. Aku cukup tak suka bila isteriku minta aku masak. Memasak tu biarlah isteriku yang buat. Kalau dia tak ada rumah aku beli makan kat kedai je. Hentah kenapa aku tak suka kerj-kerja masak memasak ni. Menggosok baju atau mengemas rumah tu tak apa, aku rela hati buat.

Melalui tv1 malam tadi iaitu selepas balik dari surau aku tengok talkshow mengenai perkahwinan Mawi & Ikin. Disamping tu aku selang selikan dengan siaran secara langsung dari saloran tv astro mengenai majlis persandingan mereka.

Bertuah sungguh Mawi dan Ikin perkahwinan mereka mendapat liputan yang eklusif dari kedua-dua tv dan ditaja dengan kos yang begitu mahal sekali bagaikan majlis perkahwinan anak raja. Siapa sangka Mawi yang sebelum ini hanya anak peneroka Felda yang serba kekurangan berubah berubah menjadi sleberiti yang menjulang dipersadana seni. Siapa yang tak mengenal Mawi, kecil besar, tua muda semuanya kenal. Tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah Mawi ada di mana pula?

Tuah Mawi sebenarnya ada pada media dan tuah media pula ada pada Mawi. Ketika menjadi pelajar AF nama dan isu mengenai Mawi telah mula disensasi oleh media dan lebih disensasikan lagi setelah menjadi juara AF. Bukan sedikit keuntungan yang diperolehi media melalui Mawi dan bukan sedikit juga keuntungan yang diperolehi oleh Mawi melalui media. Tanpa media nama Mawi tak kan ke mana dan tanpa Mawi pula hilanglah salah satu punca pendapatan media.
Lantaran itu tak hairanlah majlis perkahwinan Mawi tersebut mendapat tajaan yang bukan sedikit dari media dan turut ditaja oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Meriah dan hebat sekali majlis perkahwian yang gilang gemilang itu.Bertuah sungguh nasib Mawi bukan semua artis mendapat tajaan yang begitu hebat. Memang benarlah Mawi mempunyai aura yang sukar ditandingi oleh artis-artis yang ada pada masa ini selain dari Datuk Siti Nurhaliza.

Berbalik kepada talkshow di tv1 yang dipengerusikan oleh Roshamnor berkaitan dengan isu penajaan persandingan Mawi tersebut saya tertarik dengan satu cadangan yang diutarakna oleh seorang pemanggil. Antara lainnya kalau tak silap saya pemanggil tersebut turut menyentuh tentang isu kesengsaraan umat Islam di Gaza. Katanya kalau penaja sanggup menaja beratus-ratus ribu ringgit perkahwian Mawi itu kenapa tidak wang sebanyak itu disalurkan kepada umat Islam yang sedang diganyang di Gaza tersebut. Saya rasa Mawi pun boleh menggunakaan auranya melobi media masa menghulurkan derma jutaan ringgit kepada umat Islam di Gaza.

Saya percayaMawi juga boleh mengumpulkan beratus ribu peminatnya menghulurkan derma kepada tabung Gaza tersebut. Ayuh Mawi! sahut cabaran saya sementara aura anda sedang membara.

Kepada kita semua ingatlah sebelum kita mendapat nasib yang sama seperti sauadara kita di palestin sana. Ingatlah dalam kita tidor lena saudara seagama kita di sana diratah dan dirobek oleh tentera yahudi durjana.

Friday, January 9, 2009

Bila hatiku berkata

bila hatiku berkata
aku terus berbicara
tentang marwah kita
tentang kekuatan
tentang nasib
anak cucu masa depan

berapa lama lagikah
kita masih menjadi penonton
tentang kekejaman
yang tak pernah lerai
berapa lama lagikah
kita masih mengharap simpati
yang semakin termakan budi
hilang sudah harga diri

lantas hatiku bertanya
apakah dan dimanakah
kekuatan kita
dan
hatiku bertanya lagi
dimana silapnya

lantas hatiku pun berbicara
kita semua terlalu leka
kita semua terlalu berpuak dan berbangsa
hingga lupa perentah yang esa
memperkasa umah
yang ampuh
yang pantang diperkotak katik

dan hatiku pun
berseru
wahai seluruh umat Muhammad
dari timor hingga ke barat
dari utara hingga selatan
mari kita bersatu
dibawah panji
lailahailllah...
kita perkasakan ekonomi
kita perkasa kekuatan
kita leraikan permusuhan
kita leraikan perbalahan
dan kita pun pohon pertolongan
dari yang maha perkasa


Nukilan : Fital Ahmad
Bandar Saujana Putra
10.1.2009

Thursday, January 8, 2009

malam yang panjang

Hari ini
semalam dan kemarin
ketika bumi Gaza diganyah, dibaham dan dirobek
oleh tentera Yahudi yang ganas
yang rakus
kita masih boleh tidor lena
dibuai mimpi..

ketika kita tidor lena...
umat Islam di Gaza
bertarung nyawa
tidurnya hentah di mana
didepan matanya peluru musuh datang menerpa
bom yang gugur bagaikan hujan
tak mengenal siapa
peliru dan motar bersimpang siur
menerjah masuk kekamar
meranapkan seisi keluarga
dan bergelimpanganlah mayat mayat yang robek
darah merah menyimbah dan membasahi bumi Gaza

yang selamat
lari terhuyung hayang, lintang pukang
dengan pakaian terlondeh
menyelamatkan diri
menyelamatkan anak
yang belum tentu selamat

tangisan dan jeritan yang tak terpingga
tiada siapa yang dapat menolongnya

seluruh bumi Gaza
hancur sudah
luluh hati
sebak dada
kering sudah air mata

Kenapa begini jadinya
dimana kekuatan kita
seluruh negara Arab yang kaya raya
kenapa
diam menikus...

Ketika kesucian Baitul Muqadis
diinjak dan
seluruh umat islam diganyang
kita
masih mengharap kepada kuasa besar?
mereka pun bersendiwara
dengan cerita lama

Ya Allah Ya Rabbi
berilah kekkuatan dan kemenangan
kepada para mujahid dibumi Palestin
Ya Allah Ya Rabbi
bangkitkan lah kembali
Kahalid Al Walid
bangkitkan kembali Sallahudin Al Ayubi
yang akan menebus kembali
marwah yang telah dinodai

Hari ini
apa yang dapat kita lakukan
sekadar demontrasi
sekadar pulaukan barang Yahudi
cukupkah sekadar itu
maka sedarlah
bahawa kekekuatan kita
hanya datang
apabila kita sedar
kita sebenarnya telah lama tidor lena



Nukilan : Fital Ahmad
Shah Alam, Selangor
91.2009

Wednesday, January 7, 2009

waktu yang berlalu

Begitu pantas masa berlalu tanpa dapat dipintas dan tak dapat berundur kembali. Ia berlalu mencatat sejarah dan merkamkan seribu kenangan silam, suka duka dalam hidup. Andainya waktu itu boleh ku undurkan kebelakang akan ku anjak ia kezaman remaja, zaman persekolahan ku dulu yang penuh dengan memori indah yang kini tinggal menjadi nostaljia. Tapi tiada siapa pun mampu melakukannya.

Diam tak diam kini dah 52 tahun usiaku. Sudah tua aku rupanya, rambut dan janggut pun dah banyak yang berwarna puteh. Hentah berapa lama lagi aku akan hidup aku pun tak tahu. Namun kesempatan yang ada ini biarlah ku rakamkan apa sahaja yang terlintas di hatiku. sewaktu aku menulis ini aku berada di pejabatku di Tingkat 13 Bng MRCB, Shah Alam. Aku baru sahaja bercakap telefon dengan kawan lama yang dah 30 tahun lebih terputus hubungan. Mulanya aku bercakap telefon dengan Md Noh Samsudin dan kemudiannya dengan Abd Rahman Hj Habib. Semalam pula aku bercakap telefon dengan Idris iatu adik kepada Abd Rahman. Ketiga-tiga mereka adalah kawan lepak aku semasa aku bersekolah di Kuala Pilah dari tahun 1970-1974 dahulu. Md Noh dan Rahman pada mulnya tak dpat mengenali suara aku tetapi setelah aku memperkenalkan diri dan flashback kenangan lama mereka terkejut bagaimana aku dapat nombor telefon mereka. Panjang perbulan kami mengimbau kembali zaman persekolahan juga sewaktu aku tinggal di Kampong Bemban, Senaling, Kuala Pilah , Negeri Sembilan. Apa lagi berdekahlah ketawa kami. Apa tidaknya zaman kenakalan kami bukan sahaja melepak dan menjerit-jerit menyanyi setiap malam di tepi jalan, sampai orang kampong pun naik marah. Cerita sama-sama curi merokok, hisap ganja, curi sigrap ha..ha.. semuanya buat. kacau budak cina pun ada. Kena hambat dek polis sebab tonggengkan bontot kearah kerta polis yang lalu adalah peristiwa yang tak kan dapat ku lupakan. aku masih ingat lagi pada malam itu bagaimana kami semua susup sasap berlari dalm gelap dikejar polis tapi selamat walupun badan melecet dicakar lalang. Sungguh nakal kami waktu itu.

Selepas tamat tingkatan lima aku tak lagi tinggal bersama kak long di Bemban, aku Ke Kuala Lumpur membawa haluan sendiri. Sejak itu aku tidak lagi bertemu dengan semua kawan-kawan di Bemban tersebut. Idris cuma aku temui sewaktu dia belajar undang-undangtahun dua di UM dan Md Noh pula sewaktu aku sama-sama kerja telfon operataor dari tahun 1978 hingga 1980 di KL. Selepas itu kami benar-benar terputus hubungan sehinggalah ditakdirkan tuhan nak jadi ceritanya pada suatu hari iaitu sewaktu aku menghadiri kursus penyiasatan dan Pendakwaan pada 29.4.2008 aku duduk semeja makan tengahari dengan Ketua Pengarah ku (KPI) iaitu Puan Hasnah Dato Hashim dan juga dengan beberapa pegawai kanan yang lain. Sambil menjami selera itu kami saling berbual dan dari perbualah itu puan Hasnah ada menyatakan yang suaminya orang Senaling , Kuala Pilah. Berdetik hatiku mengatakan jangan-jangan dia tu isteri kawan ku Idris Hj. Habib kerana si idris tu dulu peguam tentu isterinya pegawai undang-undang. tekaan itu benar-benar tepat apabila pada suatu hari iatu dua hari( sebelum aku ditukarkan dari Temerloh Ke shah Alam aku menelefon Puan Hasnah berkaitan dengan pertukaran tersebut. Melalui kesempatan itulah aku memberanikan diri bertanyakan tentang suami beliau dan tepat sekali suami beliau adalah Idris Hj. Habib kawan sekolah ku dulu. Melalui beliaulah aku dapat nombor telefon suaminya dan dari suaminya lah aku dapat nombor telefon Rahman dan Md Noh. Kini ketiga-tiga mereka telah berkeluaraga. Md Noh dah pun bercucu sama seperti aku. Rahman dan Idris masih belum bercucu lagi. Kini puan Hasnah bukan lagi ketua jabatan ku kerana beliau telah pun bertukar naik pangkat jusa A sebagai Pendaftar Mahkamah Pesekutuan.

Kini masa terus bergerak pantas kehadapan.....
Kampongku
terlalubanyak kenangan silam
ingin ku rakamkan
untuk tatapan anak cucuku
agar mereka tahu

kampongku
dulu dalam hidup serba kepayahan
kau adalah segala penawarnya
meskipun jalan merah berdebu
mandi diperigi airnya sejuk sekali
namun kampong ku dulu hidup sekali
ramai penghuni
semuanya petani
dulu sawah ini menghijau dan menguning bagaikan emas berkilauan
disawah ini akau memekap ikan
lintah menjadi kawan
serunai batang padi jadi hiburan
memaling di hujung sawah sayup-sayup kedengaran
seruling bambu penawar kedukaan
di sawah ini juga malamnya tempat aku dan kakak menangkap belalang
belalang digoreng jadi santapan

dulu di tali air bendang ini adalah tempat aku membuang....
dan anak-anak ikan pun berkejaran membaham....
bukannya satu pencemaran alam tapi tiada kemudahan

kampong ku
dulu di sungai ini tempat akau dan kawan-kawan
terjun dan berenang

kampongku
kini mengapa kau begitu
sunyi dan lesu sekali
penghuni desa yang tua-tua telah lama bersemadi
yang tinggal
rumah usang dah tak berpenghuni
ibu tunggal yang dah tak berdaya lagi
sawah yang kontang menjadi belukar
sungai yang dalam dan laju kini mengalir lesu
kawan-kawan seusiaku sudah tak nampak lagi
anak muda generasi baru tak berapa kerat
hidup melarat dengan dadah keparat

kampongku
hilang sudah serimu
rumah buluh beratap rumbia
tempatku dibesarkan sudah lama tiada
halaman rumah tempat ku bermain guli dan gasing
hanya nostalgia silam
pokok manggis yang selalu ku panjat dulu pun sudah banyak yang mati
yang tinggal sebatang dua itupun menunggu masa

kampongku
dulu kerbau-kerbau
berkelikir dan berkandang
budak-budak menjaga kerbau diwaktu petang
pun sudah lama tak kelihatan
menonggang belakang kerbau tak kan ku lupakan

kampongku
kedai Kichak, kedai Leman, kedai Mat Sap
sudah lama lesap
kedai kopi tok Abu dah lama jadi debu
berjemaah di masjid lengang sekali
hanya penuh setahun sekali
itulah kampongku....


Nukilan fital Ahmad
7.1.2009
Kampong Sungai Siput,
Lubok China, Melaka