Tuesday, January 13, 2009

Palestin

Palestin
bumi mu bumi barkah
bumi lahirnya para ambiak
bumi jihad fisabilillah
bumimu basah dengan darah para shuhadak

Palestin
Israil itu sepupumu
dari nasab yang sama
menjadi rumpun yang berbeza
berpecah menjadi dua bangsa dan agama
yang berbeza

Israil
mengapa kau menjadi bongkak
sombong dan begitu zalim sekali
bukankah darahmu dari darah yang sama
hingga tergamak membunuh
saudaramu
tanpa mengenal usia
di mana pertimbangan akalmu
kau curahkan peluru dan bom ke atas
bumi Gaza tanpa henti
dan tenteramu mengganas
bagaikan harimau yang lapar
musnah rumah, musnah harta
terkorbanlah insan-insan yang tak berdosa
dan yang tercedra menanggong derita
selama-lamanya
api merah membakar dan terus membakar
dan
kau pun memandang dengan senyum jijikmu

Palestin
dia musuhmu dan juga musuhku
dia musuh kepada semua umat Muhammad

Palestin
perjuanganmu
terlalu panjang
kekuatanmu terlalu terbatas
tetapi semangatmu
perjuanganmu
tak pernah mengerti jemu
biar berbekalkan batu sebagai peluru
biar hidup serba dibelenggu
musuh yang datang tetap ditunggu
biar bom dan motar datang bertalu
pejuangmu sedikitpun tidak berundur lalu

Palestin
remok hatiku melihat
anak-anak kecil di Gaza bermandikan darah
meratap menjerit dan terkulai layu
tangisan demi tangisan meratapi kematian

Palestin
terlalalu berat ujian yang kau terima
hentah berapa lama
kekejaman Israil ini
akan berakhir

Palestin
kepada siapa yang nak diharap
kepada dunia arab pun tak boleh harap
kepada Amerika dan kuasa barat
mereka pun musuh keparat

Palestin
hanya doa yang dapat ku pohon
kepada tuhan yang maha mengetahui
semoga musuh laknat dikalahkan
perjuangan mu mencapai kemenangan


Nukilan : fital Ahmad
Shah Alam, Selangor.
14.1.2009

2 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam kunjung daripada Pak Karamu

Muhammad Azli Shukri said...

sajak yang sangat menyentuh hati..moga Allah selamatkan umat Islam.