Wednesday, January 14, 2009

Hudud Satu Alat Politik

Nampaknya isu hudud dan qisas ni dipermainkan lagi.Ia menjadi polemik politk yang tiada hentinya. PAS tetap mempertahankan akan melaksananya jika berkuasa. PKR pula hanya yang Melayu sahaja menyokong. DAP bermati-matian membantah dan mengugut akan keluar dari pakatan (PR).

Terbaru Karpal Singh membuat kenyataan yang cukup pedas akan keluar PR jika PAS tetap
melaksanakan hukum hudud. Mengapakah DAP beria-ia dan semakin lantang membantah hudud. Adakah dia faham atau buat-buat tak faham. Saya rasa DAP faham tetapi demi survival politik DAP dikalangan penyokong Cina dan India terutama sekali yang majoritinya bukan Melayu maka DAP terpaksa buat tak faham kerana takut kerusi yang dimenangi mereka jatuh pula ketangan MCA atau pun Gerakan pada pilihanraya umum akan datang.Karpal bukanlah seorang yang bodoh. Beliau seorang ahli politik yang cukup matang. Beliau sedar apa yang lafazkannya menjelang pilihanraya kecil di Kuala Terengganu tidak sedikit akan memberi apa-apa keuntungan kepada partinya.

DAP sebenarnya lebih rela BN jadi pemerentah dari PAS + PKR menerajui pemerintahan negara. Buktinya apabila Dato Seri Anwar Ibrahim (DSA) mencanang-canangkan kononnya akan ada MP dari BN yang akan menyeberangi BN dan akan membentok kabinet baru menjelang 16 september 2008 dimana DSA akan menjadi PM maka Karpal pun menyatakan pendiriannya bahawa DAP akan menyokong cadangan Anti Hoping Law . Kenyatan tersebut masih diulangi oleh beliau baru-baru ini.

Persoalannya sekarang bolehkah PAS berkuasa sekalipun kahwin campur dengan PKR. Berapa kerat sangat MP Melayu dalam PKR. Jadi bagaimana PAS nak melaksanakan Hudud. Selagi PAS tidak berkuasa maka selagi itulah hukum hudud tak boleh dilaksana. Setakat menguasai Kelantan dan satu dua negeri lain pun tetap tidak boleh melaksanakan Hudud. Sebabnya undang-undang negeri tak boleh bertentangan Perlembagaan Malaysia. buktinya Dewan Undangan Negeri Kelantan pernah meluluskankan undang-undang hudud tetapi hingga kini masih tak dapat dilaksanakan kerana bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Menyedari keadaan tersebutlah Karpal berani mempertahankan pendiriannya. Hasrat PAS hanya akan tercapai jika mendapat skongan dari UMNO / BN. Mahukah UMNO/BN menyokong perlaksaaan hudud tersebut ? jawapanya tentu tidak.Jadi bilakah hudud dapat dilaksanan di Malaysia? jawapannya sampai bila-bila pun tak mungkin akan dapat dilaksana. UMNO/BN mempunyai seribu alasan untuk menolak hudud dan PAS akan meletakkan kesalahan atau kegagalan tersebut ke atas bahu UMNO/BN. Lantaran itu isu hudud akan berterusan menjadi alat kepada survival politik mana-mana pihak. Itulah yang amat dikesali dan dibimbangi. Isu hudud sepatutnya tidak boleh dipolemikkan oleh mana-mana pihak. Lebih menyedihkan lagi seolah-olah orang Islam terpaksa meminta restu dari DAP untuk melaksanakan hukum hakam kita.

Adalah diharapkan isu hudud ini patut dihentikan dan tidak wajar diperbesarkan oleh semua pihak terutama sekali oleh media massa kerana dibimbangi akan mengeruhkan keharmonian kaum dan mencetuskan pertelingkahan kaum seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Perlu diingat demi marwah agama dan bangsa orang Melayu walaupun berlainan parti tetapi mempunyai satu pegangan iaitu Islam. Kepada semua pihak tanganilah isu ini dengan bijak dn hikmah.

5 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

saya link blog abang.

fital said...

Saudara M.Azli

terimakasih kerana sudi link blog saya. Harap sudilah kiranya menegur saya andainya ada di antara tulisan saya yang kurang sesuai/menyinggung hati pembaca.

terimkasih sekali lagi
Asllamualaikum

arryani said...

Salam dari saya...

Isu yg panas ketika ini. Kita tunggu dan lihat..

sakurasa 2 said...

Terima kasih juga kerana sudi berkunjung ke blog sakura

aPuN said...

pusing pusing,
puing puing politik

masih berbau kuping.