Wednesday, January 21, 2009

Akan Hilangkah Melayu

Melayu
kata Hang Tuah"takkan Melayu hilang di dunia"
ku renong sedalamnya kata hikmat itu
menarik nafas penuh cemas
benarkah kah kata Tuah itu
atau tinggal menjadi sejarah

Melayu
Melayu itu bahasamu
hilang bahasa hilang lah bangsa
kini kian tersisih bahasaku
kian terhakis dan ternoda
hilang sudah daulatmu
untuk bertahta di persada ilmu

Melayu
Pertahankanlah bahasamu
pertahankanlah jati dirimu
pertahanlah marwah dan harga dirimu
pertahankanlah ketuanan mu
pertahankan tanahmu
pertahankanlah agamamu

Melayu
dibelakang dan di hadapan mu
musuh sedang menunggu masa dan peluang
untuk mengusir ketuananmu
andainya kau gugur kali ini
akan hilanglah Melayu di dunia
berdukalah roh si Tuah
selama-lamanya.


Nukilan : Fital bin Ahmad
Shah Alm, Selangor
22.1.2009

9 comments:

sakurasa 2 said...

Sakura terik dengan keindahan bandar Melaka....

mountdweller said...

Salam lawatan balas sdr.

Memang Melayu tidak akan hilang di dunia tetapi sekiranya kita tidak ubah sikap kita yang sering bersengketa semata-mata kerana wadah politik, tidak mustahil Melayu akan hilang negara sebagaimana Melayu Singapura dan palestin.

Sama-samalah kita bangkit memberi kesedaran.

Muhammad Azli Shukri said...

sajak abang, sangat menyentuh hati saya. risau dan bimbang tentang agama dan bangsa saya, semakin terasa.

david santos said...

Brilliant!!!!!
Terima Kasih.

SUKJ said...

Salam Bro,

T.kasih bro kerana sudi datang menziarah blog saya.

Hidup Melayu..

Selamat Maju Jaya

Ahmad Saabun said...

Tuan, sepatutnya bila kita bercakap tentang melayu kita perlu ketepikan samada melayu umno, melayu pas atau melayu pkr. Perlu kita melihat melayu sebagai satu bangsa. bangsa yang semakin hari semakin berkecamuk. Jangan kita terlalu berbangga dengan Hang Tuah atau 'amok' kita kerana itu semua belum tentu menjamin bahawa kita akan terus kekal menjadi tuan di bumi ini.

jUNAIDI said...

kita telah mencuba sedayanya mempertahankan melayu agar tak hilang .... namun malangnya melayu kita semakin hari semakin ketirasan akal dan budi ... mahu atau tidak jika tak melakaukan sesuatu untuknya MELAYAU AKAN HILANG SELAMANYA ....

gotahlantun said...

SALAM,

MELAYU TAK AKAN HILANG SELAGI KITA YANG ADA INI BERPEGANG PADA PRINSIP KEMELAYUAN DAN BERNAUNG TEGUH DIBAWAH PAYUNG AGAMA ISLAM.

INSYAALLAH..

erisya nor said...

salam singgah...iya sajak tu memang sedih. semakin lama bahasa kita kian dirojakkan..anak2 lebih petah berbahasa indonesi kerana sejak kecil di bawah asuhan mereka...maid erisya pandai cakap mandarin selepas dua thn kerja ngan cina..tapi baru kerja ngan erisya beberapa bulan...anak dah terikut bahasa dia!