Thursday, February 26, 2009

BIADAP

Karpal Singh menyalak lagi. Kali ini salakannya memang menyakitkan telinga dan hati Pemuda Umno kerana meyatakan Pemuda Umno celaka. Segalanya bermula apabila Karpal menerima sampul surat berisi dua peluru hidup. Karpal tanpa menunjukkan bukti menuduh Pemuda Umno yang menghantar peluru itu serta menyatakan Umno cuba menggutnya. Dakwaan Karpal yang berbentuk provokasi itu masih terkawal lagi tetapi apabila Karpal mengungkapkan perkataan celaka pada pemuda umno itu yang membuatkan pemuda umno naik darah. Maka terjadilah satu insiden yang amat memalukan di Parlimen apabila berlaku pertengkaran antara sekumpulan pemuda umno dengan Karpal Singh pada 26.2.2009 semalam.

Sepanjang karier YB Karpal Singh beliau memang terkenal dengan kelantangannya. Ia merupakan vokalis utama di pihak pembangkang. Kelantangan dan kebiadapan serta kebongkakan beliau memang menyakitkan hati semua orang termasuk kawan dan lawan. Karpal bukan sahaja menyakitkan hati orang UMNO tetapi juga menyakitkan hati orang Melayu. Maka tak heranlah satu masa dahulu Karpal pernah ditampar oleh seorang Melayu kerana kebiadapannya. Sebagai seorang Yang Berhormat Karpal Singh janganlah terlalu biadap hingga orang hilang hormat pada beliau.

Karpal juga merupakan satu liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Apakah pemimpin-pemimpin Melayu dalam pakatan rakyat masih ingin berkawan orang sebiadap ini. Maka fikir fikirkanlah....

11 comments:

gotahlantun said...

MEMANG KURANG AJAR BENGALI TUA NIH,

BAK KATA HJ ADI, SEPERTI UBAT DAH HABIS TEMPUH.
MENJADI RACUN LA JAWABNYA.

kamal said...

hj hadi cakap je ubat habis tempoh tapi bersengkongkol juga dengan silaknat ni....kerana nak kuasa terpaksa je la terima sebagai rakan

erisya nor said...

ketika di mahkamah karpal singh adalah salah seorang peguam yang paling berbudi bahasa terhadap saksi...erisya suka berurusan dengannya...tapi dalam gelanggang politik...lain pulak sikapnya :(...erisya tak suka sikapnya tuh)

Unknown said...

kuat sgt minum todi kot..

kairulizwan said...

saye dgr kate org Pakatan Rakyat,
"dulu dia aset kami
kini dia satu liabiliti..."

dulu dia ramai kawan,
ramai juga lawan,
lama2 kawan tiada,
tinggal lawan sahaja...

lama2..
karpal terjun bersama labunya...
sebab kebiadapan dan keceluparan,
hancur satu badan,
rosak satu pakatan...

habis... =)

fital said...

Gotahlantun - dia bukan lagi menjadi racun tetapi menjadi bahan toksid yang perlu ditanam sedalam-dalamnya.

Kamal- Tn Hj Hadi kadang2 cakap dia berbelit juga macam serbannya tu.

Erisya - Saya juga pernah jumpa dia di Mahkamah kerana tugas saya memang ke Mahkamah.

Khairul Anuar terima kasih megikut blog saya. Saya rasa Karpal ni dah tebiat.

Kai terima kasih. Pakcik setuju dengan pendapat Kai. Selamat belajar dan doakan Kai berjaya dalam pelajaran. Semoga tercapai segala impian.

erisya nor said...

Fital...iya? wahhh mahkamah mana? mungkin kita juga pernah berjumpa :)

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

ORANG SEPERTI KARPAL SANGAT DIPERLUKAN OLEH UBN. DIA BOLEH DIPERALAT UNTUK MEMECAH BELAHKAN PAKATAN RAKYAT.

PABILA RAMAI ORANG ISLAM KEMBALI SEDAR PADA MATLAMAT HIDUP MEREKA, PASTI KARPAL AKAN DIBERI LIPUTAN LUAS DI TV, RADIO, AKBAR DAN BLOG UNTUK MELAKSANAKAN PERANANNYA.

Prof. Era Pasca said...

benggali tua menyalak dan perkembar? duduk diam?

to:PR people..
stakat baca quran PUTRI tau baca

linknye:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/penghormatan-yang-di-beri-penghinaan.html

Zawir Al-Hamidi said...

Apabila TASIK GELUGOR dah kering, maka sebuah KaRpal pun tersadai lah di bawah sebuah pokok bernama Pokok Demokrasi. Nak belayar punya pasal, belilah kerusi roda.

zedmagel said...

Bro Fitalahmad,

Teruslah menulis, pandangan mereka-mereka seperti saudara sang dihargai di negara kita. Jika bukan kita yang bernama Melayu. Siapa lagi? Jadilah blogger yang pro pada kerajaan dan UMNO