Babi oh babi
cerita mu hangat sana sini
di dada akhbar dan juga di tv
berita babi memang sensasi
dapat liputan macam orang vip
cerita selsema burung berlalu
kini timbul pula selsema babi
babi oh babi
nasib kau baik
tak macam selsema burung dulu
habis ayam itek diceruk kampong
ditangkap dan dimusnah
kerana takutkan selsema burung
babi oh babi
kau bisa tersenyum
walaupun bahu mu busuk
menusuk hidung
taukeh mu masih buat untung
babi oh babi
kau tetap jadi polemik politik
kau tetap jadi percaturan politk
kau tetap memeningkan kepala menteri
kepala Menteri Besar, Kepala Ketua Menteri
kepala DAP, kepala PAS dan kepala PKR
kepala UMNO mungkin pening lalat
tak pening mungkin kepala MIC
babi oh babi
waktu wabak JE
ada KM yang tak berani
nak musnahkan kandang babi
takut hilang sokongan pemakan babi
bagaimana pula derita orang kampong tu
yang bertahun menahan bau busuk najis babi
tak siapa pun peduli
babi oh babi
MB kedah memang berani
tapi
pening kepala
dan
Lim Guan Eng tambah sakit kepala
babi oh babi
tiada noktah
kerana kau adalah
satu perjuangan yang belum selesai
Nukilan : Fital Ahmad
Shah Alam ,Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
SI BAK (BAK KUT TEH BERMAKSUD DAGING BABI) NI MEMANG MENGUJI KEPIMPINAN. ANTARA TEGAHAN AGAMA DAN SEMANGAT SETIAKAWAN.
KECOH SI BAK TAK PERNAH BERHENTI.
ADA KEPALA BAK YANG BERENANG DI PANTAI MELAKA. ADA JUGA KES KEPALA SI BAK TERSANGKUT DI TIANG PAGAR RUMAH TOK KETUA.
ELOK KALAU DI CARI PULAU SESUAI UNTUK BELAAN SI BAK. BIAR PEMODAL DAN PENCINTA SI BAK KELUAR BELANJA TADBIR URUS SECARA MODEN.
Salam saudara Fital,
Tambah lagi selsema babi. Makin gawat politik dan hidup kat negara Melayu ni.
Babi laagiiii....
Salam tuan. Bila la nak hapdet blog bersawang ni, bz le tu...
intanrh
interesting poem...tajam! :)
Post a Comment