Hari minggu yang lepas ketika menonton siaran Melodi TV3 Wahid dan Farah Fauzana secara berseloroh ada mencadangkan agar selain hadiah artis popular,pelakun terbaik dan sebagainya patut juga pihak berkenaan memperkenalkan anugerah artis paling kontrovesi. Bagus juga cadangan tu sebab lain dari yang lain.
Mengambil idea yang sama teringat pula saya kepada isu terpanas di persada politik tanah air pada masa ini iaitu isu lompat. Bermula dengan isu Adun UMNO melompat masuk PKR kemudian timbul pula cakap-cakap kononnya kononnya ada ramai lagi adun dari BN akan melompat ke Pakatan Rakyat. Begitu juga dakwaan UMNO kononnya ada adun PKR yang akan melompat masuk UMNO. Di dada akhbar, tv dan blog berkisar tentang isu lompat. Bermacam pendapat dipetik ada yang menyokong, ada yang menghentam menyatakan Adun yang melompat tersebut tak beretika, putus asa dan sebagainya. Memandangkan kejadian atau perbuatan lompat melompat parti ini menjadi isu yang sungguh kontrovesi maka saya ingin mencadangkan agar satu anugerah diperkenalkan dan diberikan iaitu hadiah "Jaguh Lompat" khas kepada Adun yang paling berani melompat sama ada Adun dari BN mahu pun Pakatan Rakyat. Juri-juri yang akan mengadili pemilihan tersebut boleh dilantik dari golongan blogawan yang sedia ada. Siapakah agaknya akan dapat tu, biarlah juri yang menentukan.
Memandangkan cerita lompat sangat mengambil tempat di bawah ini saya ingin menukilkan sajak humor tentang lompat
Lompat apek lompat
lompat tinggi-tinggi
lompat YB lompat
jangan sampai patah kaki
Lompat YB lompat
jangan sampai kaki terlipat
tangan terkeliat
takut nanti tak sampai hajat
lompat YB lompat
lompat tinggi-tinggi
kalau YB lompat
selalu masuk tv
Lompat YB lompat
selagi belum ada undang-undang anti lompat
nanti semua tak dapat
Bagus juga YB lompat
baru timbul segala pendapat
Bagus juga YB lompat
baharulah dapat kita lihat
siapa Tuah siapa Jebat
Nukilan : Fital Ahmad
3.2.2009 Bandar Saujana Putra,
Jenjarom, Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
itulah, mereka, selalu sangat kena dodoi dalam boyan lagu lompat2
En. Fital, aktiviti lompat katak dah dimansuhkan :)
sakura tahu nyanyi lagu lampat si katak lompat ajer he he he
Lompatan katak gila
lompat si katak lompat,
lompatlah cepat-cepat,
biarlah YB nak lompat,
kita tunggu dan lihat..
lompat si katak lompat,
lompatlah lambat-lambat,
walaupon YB n da geng nak lompat,
jangan sampai maruah bangsa dan negara "melompat"..
Post a Comment