Sunday, April 19, 2009

Kerja yang tak berkesudahan

Dah lama iaitu hampir dua bulan aku tak menulis pada blog ku ini. Bukan apa aku terlalu sebok dengan kerja-kerja yang tak berkesudahan. Semuanya perlu tindakan segera, sertamerta dan perlu selesaikan semua task force sebelum hujung bulan April 2009.

Belum pun selesai dengan task force kerja lain pula mendatang. Begitulah kerja, walau seberat manapun kerja perlu diselesaikan secara bijak agar dapat memuaskan hati semua pihak ia itu hati boss dan juga hati pelanggan yang mengharapkan hasil perkhidmatan yang mereka ingini. Dalam menjalankan tanggungjawab aku sering meletakan diriku seolah-olah akulah pelanggan yang memerlukan perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu diri. Lantaran itu aku akan berasa kecewa jika aku tak dilayani atau dilayani ibarat melepas batuk ditangga.

Di bawah kepimpinan DS Nagib sekarang ini, dengan slogan rakyat diutamakan aku rasa tugas semua pihak kan lebih tercabar lagi. Mudah-mudahan selogan tersebut dapat direalisasikan oleh semua pihak dan dapat kita saksikan bersama.

7 comments:

Unknown said...

Salam saudara.

Begitulah hidup kita sementara menunggu mati. Tanggung jawab terpaksa dipikul jua sama ada tanggung jawab keluarga atau tanggung jawab sosial.

sakurasa 2 said...

Fitalahmad
"rakyat diutamakan"
moga kita sama2 dapat merealisasikan selogan tersebut...

fital said...

Tuan Mountdweller dan Sakurasa terima kasih atas pandangan kalian. rakyat diutamakan kita sama-sama saksikan.Sebagai seorang kakitangan kerajaan amanah dipikul dan sebagai seorang rakyat saya juga ingin merasai dan melihat apa yang dijanjikan. Tahun ni kami harap kerajaan dapat bagi 2 bulan bonus. heh heh. Harap DS Nagib tak lokek

zedmagel said...

Saudaraku Fitalahmad,

Beginilah kehidupan, hidup dan tugas sering seiring. Terkadang agak keliru, yang ini hidupkah?atau yang kita lakukan itu tugas kah?

Sehinggakan seorang penganggur yang tiada tugas tertentu pun, akan berkerja untuk menyambung kehidupan hari-harinya. Inikan pula kita yang berkerja dan sedang sedang menyambung kehidupan kita sendiri-sendiri.

fital said...

Zedmagel terima kasih

Kadang-kadang kita orang bawahan bertungkus lumus dan jujur tetapi yang dapat nama dan cepat naik pangkat bos-bos di atas tu. Ada juga yang pandai berpura-pura dan pandai mengampu pun cepat juga naik pangkat. Selama 30 tahun lebih berkerja saya telah menyaksikan berbagai ragam pekerja sama ada pegawai atasan mahupun pegawai bawahan macam saya.Saya pernah melihat wujudnya kem-kem dan puak-puak yang saling mengkritik dan mengumpat antara satu sama lain.Saya hanya tunggu masa yang sesuai untuk bersara.

zedmagel said...

Saudara Fital,

Jangan kerana beberapa perkara yang sekelumit kita terasa jauh hati. Ini saya lihat begitu kontra dengan tulisan dan puis-puisi yang saudara dendangkan.

Yang dinamakan hidup begitulah, selalu yang indah bukan milik kita dan yang paling sedih kita hanya memiliki sesuatu yang sangat pedih. Sdra tidak begitu tua untuk bersara, pengalaman saudara masih banyak lagi insan lain yang mengharapkannya.

Hidup penuh dengan cabaran, dan meneruskan hidup perlu banyak kesabaran. Seperti yang pernah saudara ungkapkan.

fital said...

Zedmagel bukannya saya berjauhhati. Saya dah mangli dengan politiking pejabat ni.Yang saya maksudkan tunggu masa nak bersara ialah umur saya sekarang dah mencecah 52 tahun. orang kerajaan bersara umur 56 tahun. Itulah maksudnya tunggu masa untuk bersara. Penulisan tetap diteruskan. Agi hidup agi ngelaban.