Thursday, January 15, 2009

Bila Babi dan Anjing Bersuara

Semalam
ku renung bintang berkelipan
ku berdiri di tepi jendela
lantasku bemonolog

Seekor babi melintas
lantas ku halau babi itu

ku katakan hei babi nyah kau dari sini

kenapa jawab babi tu

aku jijik kepada kau
kau najis

babi pun menjawab
kenapa kau benci kepada aku
kerana rupa aku hodoh?
bukan aku pinta jadi begini

bukan gitu kataku

lantas babi itu pun bertanya lagi

kenapa?

sebab kau najis dan haram, kata ku

dan babi itu pun bertkata kepada ku
memang aku najis dan haram
tapi ku lihat manusia lebih teruk dari aku
mengaku Islam tapi minum arak
rasuah itu haram dia sebat juga
bila marah selalu kata" lu orang macam babi"
jadi siapa yang lebih teruk akau atau orang tu

lantas aku terkedu membisu
babi pun berlalu..

kemudian
melintas pula seekor anjing
ku usir anjing tu

anjing pun bertanya kepada ku
kenapa kau tak suka kepada ku

bukan aku tak suka, tapi kau ni kuat melalak sakit telinga aku
dan kau najis mugallazah

anjing tu pun berkutbah
aku heran dengan orang seperti kau ni
aku kuat menyalak betul, sebab aku nampak pencuri
aku takut pencuri masuk rumah tuan aku
aku sebenarnya lebih setia kepada tuan aku
tidak seperti manusia seperti kamu
dihadapan boss kau puji kau ampu
sebab tuan kau beri sesuatu
dan bila tuan kau tak dapat lagi bagi apa yang kau mahu
kau pun berpaling tadah
sedangkan aku tetap setia kepada tuan aku
dalam senang aku setia, dalam susah pun aku setia
tuan aku tidur dalam rumah
aku tidur luar rumah

ternganga aku dibuatnya.....


Nukilan : Fital Ahmad
Shah Alam, Selangor
16.1.09

5 comments:

Cahatomic said...

wow, patut la anak power, ayahanda pun kemain.

apunpital said...

ha! bolehlah kita bela anjing sekor, bulldog lagi tu,

~PakKaramu~ said...

Selamat berjumpa kembali

INTAN RH said...

babi ni pemalu, sebab tu ia jalan tunduk.

Mesra Sokmo said...

Isu babi diMelaka, macamana sudah masuk kandang ke? Karam Sign dah senyap dapat .. berapa Juta RM?